Sejarah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan

NIOSH ditubuhkan pada 1 Jun 1992 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan visi menjadi pusat kecemerlangan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan. NIOSH pada awalnya bermula sebagai sebuah syarikat berdaftar pada tahun 1965 dengan geran sebanyak RM1 juta daripada Kerajaan dengan dana endaumen RM50 juta bersamaan RM40 juta dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mana akan dilaburkan dan kembalinya pelaburan tersebut, akan digunakan untuk membiayai sebahagian operasi dan aktiviti yang dijalankan oleh NIOSH.[3]